Carian
Rekaan Microsoft Surface Pro 7, Surface Laptop 3 Dan Surface ARM Tertiris
October 1, 2019 Effi Saharudin

Micorsoft akan mengadakan acara pelancaran pelbagai peranti Surface pada 3 Oktober waktu Malaysia. Dua hari sebelum acara berlangsung, rekaan tiga peranti terkini Surface telahpun tertiris menerusi akaun twitter @evleaks. Tiga peranti yang tertiris ini adalah Surface Pro 7, Surface Laptop 3 dan Surface yang menggunakan cip ARM.

Surface Pro 7 akhirnya hadir dengan port USB-C yang telah lama diminta oleh pengguna. Tiada perubahan rekaan yang drastik dapat dilihat pada imej pengolokan rasmi yang tertiris. Masih terdapat tongkat boleh laras pada panel belakang, port USB-A dan pembaca kad microSDXC.

Suface Laptop 3 pula hadir dalam dua saiz iaitu 13″ dan 15″. Papan kekunci masih mempunyai kemasan logam dan bukan lagi alcantara. Ini mungkin antara kemasan baharu yang ditawarkan kerana kemasan alcantara pada Surface Laptop adalah antaras penyebab ia popular.

Akhir sekali ialah Surface dengan pemproses ARM yang mempunyai tubuh lebih nipis berbanding Surface Pro 7. Terdapat dua port USB-C pada sisi kiri dan papan kekunci yang disertakan mempunyai tempat simpanan khas untuk stylus Surface Pen. Rekaannya mengingatkan kami kepada rekaan penyimpan S-Pen untuk Galax Tab S6.

Tiga rekaan telah tertiris tetapi menurut Blass masih ada sebuah lagi peranti Surface dengan dwi-skrin akan dilancarkan. Namun begitu beliau tidak berkongsi imej peranti ini.

Komen