Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini mengesahkan yang mana telefon pintar dengan skrin boleh-lipat pertama daripada mereka, iaitu Galaxy Fold bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada bulan Oktober ini.

Galaxy Fold hadir dengan skrin 7.3-inci AMOLED yang boleh-dilipat, selain skrin luaran 4.6-inci AMOLED. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan dwi-kamera, selain tri-kamera belakang. Ia turut hadir dengan memori 12GB RAM dan juga straon 512GB UFS 3.0.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi dan dijangka akan dikongsikan oleh pihak Samsung Malaysia dalam masa terdekat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd