Vivo V17 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Kamera Swafoto, 4 Kamera Belakang, RM1699

Vivo V17 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Kamera Swafoto, 4 Kamera Belakang, RM1699

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

Vivo telah melancarkan Vivo V17 Pro di India pada dua minggu lalu. Ia adalah kemaskini kepada Vivo V15 Pro yang dilancarkan pada awal tahun. Hari ini akhirnya, Vivo Malaysia melancarkan peranti ini di Malaysia secara rasmi – selepas mengacahnya sejak beberapa minggu lalu.

Vivo V17 Pro menggunakan skrin bersaiz 6.44-inci Super AMOLED Ultra FullView Display, resolusi FHD+ dan rekaan nirbingkai penuh. Ia dijana dengan cip yang sama dengan Vivo V15 Pro, iaitu Snapdragon 675. Cuma ia dipadankan dengan memori hanya 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini mempunyai kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging 18W. Untuk sekuriti, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal yang agak pantas (seakan Vivo S1 atau OnePlus 7).

Paling jelas beza Vivo V17 Pro dengan V15 Pro adalah kamera. Untuk swafoto, ia menggunakan sistem kamera pop-naik dwi-lensa 32MP + 8MP sudut ultra lebar. Manakala, kamera utama adalah kuad-lensa gabungan 48MP + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro + 2MP sensor kedalaman. Untuk perisian, ia menjalankan sistem operasi FuntouchOS 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie. Peranti ini juga adalah peranti dwi-sim nano, tanpa sokongan slot kad microSD.

Kali ini Vivo menawarka dua pilihan warna, iaitu Knight Black dan Crystal White. Harga jualan di Malaysia adalah RM1,699 dan ia boleh dibeli bermula hari ini.


TIPS & ULASAN