Oppo pada bulan Ogos lepas telah memperkenalkan Oppo Reno2 secara rasminya, dimana tiga model diperkenalkan – Oppo Reno2, Reno2 Z dan juga Reno2 F. Kini, lanjutan daripadanya, Oppo Malaysia telah mula mengacah kehadiran telefon pintar berkenaan untuk pasaran tempatan.
Oppo Reno2 memfokuskan kepada penggunaan empat-kamera belakang, dimana model utamanya hadir dengan skrin 6.5-inci FHD+ OLED, dilengkapi cip Snapdragon 730G, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.
Untuk bahagian kamera, ia emnggunakan gabungan kamera 48MP + 13MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto yang disembunyikan 16-megapixel. Ia turut menggunakan bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Oppo Malaysia akan melancarkannya, dan berapakah harga jualannya kelak.