Zen Mode mula diperkenalkan pada OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Ia adalah fungsi untuk pengguna bebaskan diri dari penggunaan peranti dalam masa tertentu. Seperti 20 minit, 30 minit, mengikut jadual yang ditetapkan pengguna atau juga jangka masa yang lain yang boleh dipilih. Apabila mod ini diaktifkan, pengguna langsung tidak boleh menggunakan peranti kecuali untuk panggilan kecemasan dan cara untuk menyahaktif adalah dengan format peranti.
Dalam kemaskini terbaru aplikasi Zen Mode versi 1.40, OnePlus menambah cabaran Zen Mode selama 21 hari. Cabaran ini amat mudah, satu hari pengguna perlu aktfikan mod ini sekali dan diulang setiap 7 hari, 14 hari dan 21 hari. Jika satu hari terlupa, ia akan ditetapkan semula dan pengguna perlu ulang semula dari 1 hari. Jika berjaya, setiap hari ketujuh, empat belas dan dua puluh satu, pingat akan diberi (digital).
Ini adalah fungsi yang baik untuk mengawal diri dari obsesi terhadap peranti. Melalui mod ini juga, pengguna boleh lebih bersosial di dunia realiti dan bukan di dunia maya. Zen Mode boleh digunakan pada mana-mana peranti OnePlus dari OnePlus 5 sehingga OnePlus 7T. Apa tunggu lagi? Jom cuba!