Carian
LG
LG Tone+ Free Dilancarkan – TWS Dari LG Yang Berharga Bawah RM100
October 2, 2019 Fahim Zahar

Selepas Apple mula membuang port bicu audio pada iPhone 7, ia mula menjadi trend pada banyak peranti Android. Disebabkan kekangan port bicu audio ini, pengguna terpaksa menggunakan penyesuai, set fon telinga yabg diberi atau juga terus berbelanja lebih untuk miliki set fon telinga nirwayar. Yang menjadi trend sekarang adalah set fon telinga nirwayar sebenar (TWS) yang seakan Apple AirPods.

Terkini, LG pula mula hadir dengan TWS tersendiri. Ia dinamakan sebagai LG Tone+ Free. LG mendakwa yang TWS mereka ini mempunyai bass yang dalam, mid & high yang jelas, audio tiga dimensi dan juga mampu mengurangkan hingar digital dan mengurangkan herotan bunyi. Menurut LG, perkara ini tidak mustahil kerana mereka bekerjasama dengan Meridian Audio – iaitu syarikat yang terkenal dengan equalizer.

LG Tone+ Free ini mempunyai bateri yang bertahan selama 6 jam dalam satu kali pengecasan penuh. Dengan sokongan pengecasan pantas, lima minit pengecasan boleh mendengar muzik selama 1 jam. Pod pengecasan pula mempunyai fungsi UVnano, bagi melindungi fon-fon telinga daripada tercemar dengan komponen yang merbahaya. Turut terdapat mikrofon dengan sokongan pembatalan hingar bagi membuat panggilan telefon dengan jelas.

TWS dari LG ini turut mempunyai sokongan kawalan gestur, perlindungan IPX4, Google Assistant dan yang paling menarik adalah harga jualan hanya 25,999 Won – iaitu sekitar RM91 sahaja. Warna pilihan adalah hitam atau putih dan jualan hanya terhad di Korea Selatan sahaja buat masa ini.

Komen