TweetDeck Mengalami Gangguan Perkhidmatan Seluruh Dunia

TweetDeck Mengalami Gangguan Perkhidmatan Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

TweetDeck ialah aplikasi web yang memudahkan pengurusan akaun Twitter. Pagi ini ia mengalami gangguan perkhidmatan pada peringkat global. Apabila ia cuba diakses, pengguna akan hanya dapat melihat skrin log masuk. Jika cubaan log masuk dilakukan, pengguna akan dihantar ke laman Twitter untuk web.

Pihak TweetDeck dan Twitter masih belum mengeluarkan kenyataan mengapa gangguan ini berlaku. Gangguan perkhidmatan ini akan mendatangkan masalah kepada mereka yang bergantung kepada TweetDeck untuk menguruskan akaun media sosial. Buat masa ini anda tiada pilihan selain menggunakan Twitter untuk web untuk membaca ciapan terkini.

Kemaskini – TweetDeck kembali beroperasi pada jam 1.30 petang


TIPS & ULASAN