Cari @ Amanz

Sebelum membeli papan kekunci mekanikal, anda perlu memilih suis apakah yang ingin digunakan. Suis Cherry MX Brown misalnya membolehkan pengguna menaip dengan tahap bunyi yang lebih senyap berbanding Cherry MX Blue. Pengguna perlu melakukan pilihan ini kerana majoriti papan kekunci mekanikal di pasaran tidak membenarkan suis ditukar.

Hari ini Logitech melancarkan papan kekunci mekanikal G PRO X dengan suis yang boleh ditukar sendiri oleh pengguna. Papan kekunci mempunyai 92 butang dengan pilihan suis GX Clicky, Linear atau Tactile. Setiap kekunci juga mempunyai sokongan lampu RGB dan sambungan USB-C pada bahagian belakang.

Logitech G PRO X dengan suis boleh tukar dijual pada harga $150 (~RM629) sebuah manakala versi dengan suis kekal turut ditawarkan pada harga $130 (~RM545). Satu set 94 suis gantian GX Clicky, Linear dan Tactile pula dijual pada harga $50 (~RM210).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd