Pra-Tempah Untuk GoPro Hero 8 Black Untuk Pasaran Tempatan Akan Dibuka Pada 10-20 Oktober Pada Harga RM1879

Pra-Tempah Untuk GoPro Hero 8 Black Untuk Pasaran Tempatan Akan Dibuka Pada 10-20 Oktober Pada Harga RM1879

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

Semalam, kami telah melaporkan bahawa GoPro baru sahaja melancarkan kamera-kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero 8 Black dan juga GoPro Max untuk mereka yang gemar merakam gaya hidup aktif dan ekstrem.

Terkini, FunSportz, syarikat pengedar barangan GoPro di Malaysia telah mengesahkan bahawa kedua-dua kamera aksi ini akan dijual di pasaran tempatan tidak lama lagi.

GoPro Hero 8 Black menyokong rakaman video 4K sehingga 60FPS dan mengambil gambar 12MP dengan sokongan HDR. Mod HyperSmooth 2.0 memastikan bahawa video yang diambil sentiasa stabil, manakala TimeWarp 2.0 membenarkan video hiper perlahan diambil.

Apa yang menarik lagi mengenai GoPro Hero 8 Black ini ialah ia juga hadir dengan kerangka Media Mod yang membolehkan pengguna memasang pelbagai jenis aksesori ke GoPro ini.

GoPro Max pula boleh merakam video 360 darjah 5.6K 30FPS ataupun video biasa pada resolusi 1440p 30FPS, dan gambar statik boleh diambil pada resolusi 5.5MP.

FunSportz turut mengumumkan bahawa pra-tempah untuk kedua-dua kamera GoPro Hero 8 Black dan GoPro Max ini akan dibuka dari 10 Oktober hingga 20 Oktober pada harga RM1879 untuk GoPro Hero 8 Black dan RM2130 untuk GoPro Max. Harga untuk aksesori Media Mod akan diumumkan kelak.

Pra-tempah boleh dilakukan di kedai-kedai pengedar berikut:

  • GoPro Concept Store – Midvalley Megamall, Kuala Lumpur
  • GoPro Concept Store – Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  • GoPro Concept Store – Gurney Plaza, Penang
  • GoPro Concept Store – The Mall, Midvalley Southkey, Johor Bahru

TIPS & ULASAN