Starbucks Jepun Menyokong Pembayaran Menggunakan Pen Pintar

Starbucks Jepun Menyokong Pembayaran Menggunakan Pen Pintar

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

Teknologi mengembangkan penggunaan pembayaran secara nirtunai. Di Malaysia misalnya anda boleh menggunakan pelbagai dompet digital di kedai mamak. Di Jepun, Starbucks kini menyokong pembayar menggunakan sebatang pen pintar.

Pen pintar khas ini menyokong sistem NFC yang terbina pada bahagian penutup. Ia berfungsi seperti kad nirtunai Starbucks Touch yang disokong di Jepun. Starbucks dan Zebra bekerjasama dalam menghasilkan rekaan tubuh yang kelihatan seperti sebuah mesin pembancuh kopi. Dakwat yang digunakan juga berwarna coklat kopi bagi memberikannya satu lagi keunikan.

Di Jepun pen pintar ini dijual pada harga 5000 Yen (~RM194) sebatang dengan kredit 1000 Yen (~RM39) untuk melakukan pembelian dalam stor. Terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan perak.



TIPS & ULASAN