Bersama-sama pengenalan peranti dua-dalam-satu – Surface Pro 7, pihak Microsoft turut memperkenalkan komputer riba mereka tersendiri yang terbaru, iaitu Surface Laptop 3.
Surface Laptop sebelum ini sedia menerima reaksi positif daripada pelbagai pengguna seluruh dunia, dan Microsoft dilihat ingin meneruskannya melalui Surface Laptop 3 ini.
Surface Laptop 3 hadir dengan pilihan skrin 13.5-inci dan juga pilihan skrin baru 15-inci. Microsoft menyertakan cip Intel Core generasi ke-10 pada model 13.5-inci, sementara variasi 15-inci bakal hadir dengan cip AMD khusus, iaitu cip Ryzen Surface Edition.
Papan kekunci yang disertakan mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama seperti sebelum ini – tetapi pada masa yang sama menyertakan ruangan trackpad yang lebih besar.
Melengkapkan komputer riba ini juga adalah port pengecasan USB-C yang mengatakan mampu menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.
Microsoft akan menawarkan komputer riba ini untuk dipra-tempah di Amerika Syarikat bermula hari ini, dan ditawarkan bermula 22 Oktober kelak.