Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mengadakan acara khas memfokuskan Surface, dan salah satu peranti yang telah diperkenalkan adalah Surface Pro 7.

Surface Pro 7

Surface Pro 7 meneruskan rekaan yang sedia dikenali ramai, menggunakan skrin 12.3-inci dengan nisbah skrin 3:2 – dan akhirnya kini mereka turut menyertakan sokongan USB-C.

Dari segi spesifikasi, ia kini menyertakan cip Intel Core generasi ke-10, dilengkapi memori LPDDR4x sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 1TB SSD.

Surface Pro 7 turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Ciri popular seperti Windows Hello turut disertakan, selain mana Surface Pro 7 turut menyertakan sokongan WiFi 6 dan juga Bluetooth 5.0. Microsoft mengatakan ia menawarkan masa ketahanan bateri sehingga 10.5 jam lamanya.

Pengguna turut boleh menggunakan beberapa aksesori tambahan bersama-sama Surface Pro 7 ini, termasuk sokongan papan kekunci, dan juga stylus khusus.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Surface Pro 7 ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd