Microsoft Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar – Surface Earbuds

Microsoft Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar – Surface Earbuds

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

Pelbagai pengeluar pada hari ini menawarkan fon telinga tersendiri yang turut menyertakan sokongan kecerdasan buatan tersendiri. Microsoft turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan Surface Earbuds hari ini.

Surface Earbuds

Microsoft menjanjikan keselesaan yang baik, termasuk sokongan audio dan mikrofon untuk kawalan pintar Cortana. Microsoft mengatakan Surface Earbuds menawarkan masa penggunaan sehingga 24 jam lamanya.

Surface Earbuds juga turut boleh digunakan bersama-sama sejumlah perkhidmatan, termasuk Office 365 (untuk menambah audio pada PowerPoint dan sebagainya), selain integrasi sokongan Spotify. Microsoft turut mengatakan Surface Earbuds boleh digunakan pada mana-mana platform.

Fon telinga nirwayar pintar daripada Microsoft ini bakal mula ditawarkan pada harga mencapai $249, iaitu sekitar RM1044.


TIPS & ULASAN