Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini pernah hadir dengan Surface berasaskan cip ARM – tetapi telah menghentikannya selama beberapa tahun disebabkan permintaan yang rendah. Hari ini, perkara berkenaan dilihat berubah, dan Microsoft mencuba sekali lagi dengan peranti terbaru mereka, Surface ProX.

Surface Pro X

Berbeza dengan sebelum ini, ia menggunakan penjenamaan “Pro” – sekaligus memberikan petanda ia boleh melakukan sejumlah perkara tanpa masalah menggunakannya, dan mungkin tidak berharga rendah.

Surface ProX hadir dengan skrin 13-inci, menawarkan rekaan dua-dalam-satu yang membolehkan ia digunakan sebagai tablet atau komputer, selian dijana cip Surface SQ1 yang dibangunkan oleh Microsoft bersama-sama Qualcomm.

Microsoft mengatakan ia menawarkan rekaan yang nipis dan ringan, selain turut dilengkapi sokongan USB-C dan integrasi sokongan LTE.

Sokongan papan kekunci untuk Surface ProX ini juga dilihat direkabentuk semula, termasuk menyertakan ruangan khusus untuk meletakkan stylus – sekaligus mengelak ia daripada terhilang dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Surface ProX akan menerima permintaan tinggi atau tidak. Sebelum ini, beberapa peranti berasaskan cip Qualcomm telah dilancarkan, dan memandangkan Windows 10 lebih baik berbanding Windows RT sebelum ini – sama-sama kita nantikan bagaimanakah penawaran Surface ProX ini memberikan impak terhadap pasaran.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd