Microsoft hari ini turut membuat kejutan dengan memperkenalkan sebuah lagi peranti baru dengan rekaan kompak, dan menawarkan dua-skrin, iaitu Surface Neo.
Surface Neo merupakan peranti dwi-skrin pertama daripada Microsoft. Ia membolehkan pengguna menggunakan kedua-dua skrin – kiri dan kanan – dalam melakukan interaksi, tugasan dan sebagainya.
Berbeza dengan rekaan peranti boleh-lipat lain, Surface Neo menggunakan dua skrin yang dihubungkan melalui bahagian engsel khusus. Engsel ini juga turut membolehkan ia diputarkan sehingga 360-darjah untuk penggunaan dalam mod-mod berbeza mengikut keselesaan pengguna.
Ia dijana dengan sistem operasi Windows 10X yang dioptimasikan penggunaan untuk peranti dwi-skrin seperti Surface Neo ini.
Microsoft menamakan peranti ini seperti peranti kategori baru yang dijangka popular dalam beberapa tahun akan datang. Buat masa ini, Surface Neo masih lagi pada peringkat pembangunan, dan dijangka dipasarkan Microsoft pada tahun 2020 kelak.
Microsoft turut menyertakan sokongan aksesori tambahan lain seperti papan kekunci khusus dan juga Surface Pen untuk digunakan bersama-sama Surface Neo ini.
Buat masa ini, info lanjut mengenai Surface Neo ini masih tidak diketahui lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=fssZICsV4Rg