Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru, termasuk peranti dwi-skrin mereka Surface Neo. Menariknya, tidak berhenti dengan itu sahaja, Microsoft kini dilihat kembali ke arena telefon pintar melalui pengenalan peranti dinamakan Surface Duo.

Surface Duo membawakan rekaan seumpama Surface Neo, tetapi pada skrin lebih kompak. Ia menggunakan dua-skrin 5.6-inci yang dihubungkan melalui engsel khusus yang membolehkan skrin diputarkan 360-darjah untuk penggunaan sebagai telefon pintar ataupun sebagai tablet. Apabila ia dibuka, ia menawarkan skrin bersaiz 8.3-inci.

Surface Duo

Seperti kebiasaan, pengguna boleh menggunakan peranti ini untuk membuat panggilan, menggunakan dua aplikasi berasingan pada kedua-dua skrin, atau turut menggunakannya bersama untuk sebuah aplikasi.

Microsoft mengatakan ia menggunakan sistem operasi Android, sekaligus membolehkan pengguna pelbagai aplikasi tanpa masalah. Microsoft turut menekankan yang mana ia mengintegrasikan pelbagai kelebihan Microsoft – termasuk dilihat menggunakan rekaan tema yang selari dengan rekaan Windows 10.

Telefon Surface ini dijangka akan dipasarkan pada 2020 kelak. Ia agak menarik untuk melihat Microsoft memasuki arena telefon pintar kembali menggunakan sistem operasi Android – dan semestinya perkara ini mungkin mengembirakan ramai pihak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd