Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat pelbagai penawaran kad kredit berbeza yang memfokuskan kelebihan dan ganjaran untuk sesuatu perkara. Terbaru, Lazada dan Citi turut melancarkan kad kredit tersendiri, dinamakan sebagai Kad Kredit Lazada Citi, dimana ia lebih memfokuskan kepada penggunaan edagang.

Kad kredit ini telah mula ditawarkan di Malaysia, dan akan diperluaskan ke negara-negara lain di rantau Asia Tenggara secara berperingkat.

Lazada Citi Kad Kredit

Menggunakannya, pengguna akan menerima lebih mata ganjaran untuk pembelian di Lazada, ataupun untuk tambah-nilai di Lazada Wallet. Kad kredit ini menjanjikan penawaran mata ganjaran sehingga 10x untuk tujuan berkenaan.

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menerima penjimatan dengan pulangan wang tunai sehingga 20% untuk tambah-nilai Lazada Wallet, selain akan menerima mata ganjaran bonus sehingga 1000 mata untuk perbelanjaan melebihi RM1500 sebulan.

Untuk pendaftaran baru kad ini juga, pengguna akan menerima insentif berbentuk baucar RM500 Lazada. Bagi anda yang aktif menggunakan perkhidmatan Lazada, mungkin boleh menyemak penawaran kad kredit baru ini hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd