Celcom Xpax Hadir Dengan Promosi Internet Percuma Tanpa Had Selama Sejam Sehari

Celcom Xpax Hadir Dengan Promosi Internet Percuma Tanpa Had Selama Sejam Sehari

Diterbitkan pada Okt 3, 2019 oleh .

Celcom kini hadir dengan promosi khusus untuk para pengguna Xpax, dimana sekiranya anda melanggan pakej Xpax Ultra Pass mingguan atau bulanan, anda akan ditawarkan dengan akses internet percuma tanpa had selama sejam sehari.

Celcom Xpax Ultrapass

Promosi ini disediakan oleh Celcom sehingga 31 Disember 2019 kelak, dan pengguna perlu membuat tebusan internet percuma ini melalui aplikasi Celcom Life ataupun melalui talian USSD 1182*3#.

Seperti biasa, anda perlu pastikan mempunyai langganan Ultra Pass yang aktif untuk menikmati promosi ini.


TIPS & ULASAN