Hari ini, bersama-sama dengan pelancaran rasmi siri Huawei Mate 30 di Malaysia – Huawei turut melancarkan siri kaca mata pintar mereka secara rasmi untuk pasaran tempatan. Kaca mata pintar ini adalah hasil kerjasama dengan Gentle Monster, iaitu Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01.
Kedua-dua kaca mata “pintar” ini sebenarnya hanyalah set fon telinga dalam bentuk kaca mata sahaja. Tetapi hadir dengan beberapa fungsi pintar seperti menyeru pembantu maya. Ia juga mengawal sokongan gestur, pengecasan “nirwayar” degan kerangka pengecasan khas yang disertakan. Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah dua kaca mata hitam dengan rekaan yang berbeza. Harga rasmi di Malaysia untuk Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah RM1599.
Disebabkan yang dilancarkan di Malaysia adalah variasi kaca mata hitam, lensanya tidak boleh ditukar. Kerana lensanya adalah lensa khas yang diiktiraf Gentle Monster. Variasi yang lensanya boleh ditukar adalah variasi kaca mata lensa biasa, tetapi sayangnya ia tidak dijual di Malaysia.
Huawei juga turut melancarkan FreeBuds 3 mereka secara rasmi di Malaysia. Ia adalah set fon telinga nirwayar sebenr (TWS) dari Huawei dengan sokongan pembatalan hingar aktif dan dijana dengan cip Kirin A1. FreeBuds 3 adalah fon telinga jenis terbuka, menggunakan kuasa yang rendah dengan audio dipancarkan ke kedua-dua fon telinga secara serentak dan menyokong sistem pengecasan berwayar dan nirwayar pantas. Harga jualan rasmi adalah RM729.