Cari @ Amanz

Intel nampaknya merasa bahang daripada pelancaran CPU-CPU berkuasa daripada AMD, dan mereka dilihat mengumumkan kehadiran siri CPU HEDT (High End Desktop) mereka lebih awal daripada sepatutnya.

Intel dijangka akan mengumumkan kehadiran siri CPU Cascade Lake pad minggu hadapan. Siri-siri CPU ini terdiri daripada Intel Core i9-10900XE yang mempunyai 10 teras dan 20 bebenang kuasa, Intel Core i9-10920XE dengan 12 teras dan 24 bebenang kuasa, Intel Core i9-10940XE dengan 14 teras dan 28 bebenang kuasa, dan Intel Core i9-10960XE yang mempunyai 18 teras dan 36 bebenang kuasa.

Intel dilihat mengambil peluang akan kelewatan pelancaran CPU AMD Ryzen 9 3950X, CPU 16 teras dan 32 bebenang kuasa mereka. Syarikat tersebut juga dilihat mengurangkan harga siri CPU HEDT generasi sebelum ini sebanyak 50 peratus sebagai persediaan untuk pelancaran CPU terbaru ini.

Kesemua CPU-CPU ini hadir dengan sokongan untuk 77 jalur PCIe 3.0, memori DDR4-2933 sebanyak 256GB dan juga teknologi-teknologi baru seperti WiFi6.

Tanda harga untuk CPU-CPU ini juga telah diperlihatkan secara rasmi, bermula dari harga $560 hingga $979, dan akan dilancarkan pada 7 Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd