Huawei Watch GT 2 Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM799

Huawei Watch GT 2 Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM799

Diterbitkan pada Okt 3, 2019 oleh .

Kalau beli iPhone, Apple Watch adalah jam tangan pintar terbaik untuknya. Kalau Huawei bagaimana? Untuk bersaing dengan Apple, Huawei mempunyai jam tangan pintar tersendiri, Huawei Watch GT 2. Ia menjalankan sistem operasi tersendiri LiteOS.

Huawei Watch GT2

Huawei Watch GT 2 hadir dengan dua saiz, iaitu 46mm atau 42mm. Ia menggunakan skrin 1.39-inci AMOLED dan mengekalkan rekaan elegan seumpama jam tangan biasa. Ia dijana dengan cip tersendiri Kirin A1, bateri bertahan selama dua minggu, sokongan GPS dan turut menyertakan sejumlah ciri pemantauan menarik untuk aktiviti kecergasan dan sukan. Saiz 42mm warna Lake Cyan dan saiz 46mm warna Matte Black adalah RM799. Manakala saiz 42mm warna Refined Gold adalah RM899 dan akhir sekali saiz 46mm warna Pebble Brown juga berharga RM899.

Bagi yang merasakan Huawei Watch GT 2 mahal dan berada di laur kemampuan, Huawei turut menjual Huawei Band 4 pada harga hanya RM139. Ia adalah gelang tangan pintar yang menjejak pergerakan, menyertakan sejumlah ciri pemantauan menarik untuk aktiviti kecergasan dan juga sukan. Ia boleh dikatakan adalah Mi Band versi Huawei.


TIPS & ULASAN