Realme 5 & Realme 5 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Kuad-Kamera, Harga Dari RM599

Realme 5 & Realme 5 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Kuad-Kamera, Harga Dari RM599

Diterbitkan pada Okt 3, 2019 oleh .

Realme 5 dan Realme 5 Pro adalah peranti baharu Realme selepas Realme 3/3 Pro yang dilancarkan lima bulan lalu. Apa yang menarik dengan Realme 5/5 Pro adalah kedua-duanya mempunyai sistem kuad-kamera dan dijana dengan cip Snapdragon yang agak hebat.

Hari ini, Realme secara rasmi melancarkan Realme 5 dan Realme 5 Pro di Malaysia. Disebabkan Realme adalah sub-jenama Oppo, ia menjalankan sistem operasi ColorOS 6 yang terkini. Sistem operasi ini adalah berasaskan Android 9.0 Pie dan kedua-dua peranti ini dijual pada harga yang amat kompetetif. Adakah ini harga peranti dengan kuad-kamera paling murah?

Realme 5 Pro menggunakan skrin 6.3″ LCD, resolusi FHD+, nisbah skrin-ke-badan 90.6% dan mempunyai mod malam untuk menjaga kesihatan mata pengguna. Kamera utama adalah kuad-kamera yang menggabungkan lensa 48MP + 8MP (sudut lebar) + 2MP lensa bokeh + 2MP lensa makro. Kamera swafoto pula adalah 16MP dan kedua-dua lensa utama dan lensa swafoto adalah daripada Sony. Cip pemprosesan adalah Snapdragon 712 yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB (UFS2.1). Bateri pula berkapasiti 4035mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W berasaskan USB-C. Harga jualan adalah RM1099 dengan pilihan warna Crystal Green atau Sparkling Blue.

Seterusnya adalah Realme 5 yang menggunakan skrin 6.5″ LCD juga, tetapi terhad kepada 720p sahaja. Nisbah skrin-ke-badan juga lebih kecil, iaitu 89% sahaja. Kamera masih sama, kuad-kamera tetapi lensa yang digunakan adalah gabungan 12MP + 8MP (sudut lebar) + 2MP (bokeh) + 2MP (makro) dan kamera swafoto adalah 13MP sahaja. Cip pemprosesan pula adalah sedikit kurang berkuasa, iaitu Snapdragon 665 dengan pilihan memori 3/4 GB RAM dan storan dalaman 64/128 GB. Pengecasan pula terhad kepada microUSB dan kuasa hanya 10W sahaja. Kapasiti bateri adalah lebih besar, iaitu 5000mAh. Harga jualan adalah RM599 dan RM799 dengan pilihan warna Crystal Blue atau Crystal Purple.

Kedua-dua peranti ini menyokong rakaman video 4K 30FPS dan pelbagai mod kamera menarik lain. Realme 5 Pro akan mula dijual secara eksklusif di Lazada pada 10 Oktober, manakala Realme 5 pula adalah pada 17 Oktober.


TIPS & ULASAN