TCL Plex Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1199

TCL Plex Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1199

Diterbitkan pada Okt 3, 2019 oleh .

TCL merupakan salah satu jenama televisyen yang popular, dimana selain daripada itu, mereka turut memasarkan peranti dibawah jenama Alcatel dan BlackBerry. Terbaru, pada bulan lepas, TCL turut membuat kejutan dengan melancarkan telefon pintar mereka tersendiri, dinamakan TCL Plex.

Kini, selang sebulan, telefon pintar berkenaan turut telah memasuki pasaran tempatan secara rasminya.

TCL Plex

TCL Plex hadir menggunakan skrin 6.53-inci, dijana cip Snapdragon 675, memori 6GB RAM dan storan 128GB.

Ia menggunakan tri kamera belakang gabungan 48MP + 16MP (ultra-lebar) + 2MP (depth), selain kamera swafoto 24-megapixel. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 3820mAh.

TCL Plex menjalankan sistem operasi Android, dilengkapi antaramuka khusus daripada pihak TCL, selain turut menawarkan sokongan mod rakaman tambahan bersama-sama dengannya.

TCL Plex akan ditawarkan pada harga RM1199 di Malaysia.


TIPS & ULASAN