Cari @ Amanz

Instagram hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi permesejan baru yang dinamakan sebagai Threads. Ia memfokuskan untuk memudahkan pengguna kekal berhubung dengan rakan-rakan terdekat mereka dengan lebih mudah.

Melalui Threads, ia memudahkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video dengan pantas. Pada halaman utama, ia menggunakan paparan kamera, dan pengguna turut boleh menghantar rakaman kepada rakan-rakan dengan hanya memilih rakan rapat mereka melalui pilihan dibahagian bawah skrin.

Instagram Threads

Selain daripada itu, pengguna turut boleh mengikuti apa yang rakan-rakan sedang buat melalui ciri status – dimana status dipaparkan pada bahagian bawah nama (lebih kurang seperti WhatsApp). Threads menyertakan ciri “Auto Status” yang mengemaskini status anda secara automatik berdasarkan beberapa perkara – seperti lokasi dan sebagainya.

Instagram mengatakan mesej daripada rakan-rakan anda akan dipaparkan di Threads, dan juga di Direct – supaya anda tidak terlepas dan mempunyai kawalan penuh untuk permesejan anda.

Aplikasi ini ditawarkan untuk semua secara berperingkat bermula hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd