Pada tahun ini, Google telah mengumumkan dua jenis bahasa pengaturcaraan (programming langguage) yang dikhususkan untuk penggunaan para pengguna yang kurang upaya pendengaran. Dua bahasa pengaturcaraan ini adalah Live Transcribe dan Sound Amplifier.
Live Transcribe merupakan aplikasi yang membolehkan komuniti ini untuk mudah berkomunikasi tanpa menggunakan bahasa isyarat biasa, dimana teks akan terpapar pada skrin peranti secara automatik apabila sesuatu audio percakapan dikeluarkan. Manakala bagi Sound Amplifier pula, ia merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan komuniti ini untuk mendengar atau mengetahui bunyi sekeliling dengan lebih jelas dan melaraskan bunyi hingar (noise) sekeliling.
Hari ini, Sagar Savla selaku Pengurus Produk Senior, Google AI menyatakan bahawa populasi komuniti ini semakin meningkat kepada 466 juta. Jadi, pihak Google merasakan bahawa ia merupakan sebahagian kepada misi mereka untuk menjadikan makklumat dunia mudah diakses untuk semua, termasuklah golongan kurang upaya.
Golongan yang kurang upaya dalam pendengaran ini mempunyai masalah untuk membezakan bunyi bising sekeliling dengan perbualan seseorang. Golongan ini harus bergantung kepada alat pendengaran tertentu untuk membolehkan mereka mendengar mengetahui situasi sekeliling. Namun, ada juga golongan ini yang kurang mampu untuk memiliki alat pendengaran tersebut.
Jadi Google menggunakan teknologi yang ada pada masa kini, dengan bantuan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) bagi membantu komuniti ini menggunakan telefon pintar mereka untuk dijadikan sebagai alat pendengaran, iaitu Live Transcribe.
Menurut Sagar, aplikasi Live Transcribe ini juga turut menyokong pelbagai bahasa dan bukan sahaja terhad kepada bahasa Inggeris sahaja. Apa yang lebih mengagumkan, aplikasi ini mampu untuk memaparkan teks dengan dua bahasa yang berbeza dalam masa yang sama dengan terjemahan yang sangat tepat. Aplikasi ini juga mampu untuk membuat pengecaman tentang sesuatu dialek bahasa seterusnya diterjemahkan kepada bahasa yang diingini. Aplikasi ini juga boleh merekod pelbagai jenis bunyi dan memberi isyarat kepada pengguna OKU seperti bunyi siulan, ketawa dan banyak lagi dan bukan hanya pertuturan bahasa biasa sahaja.
Bagaimana aplikasi ini berfungsi? Pengguna hanya perlu bercakap semasa aplikasi ini diaktifkan. Seterusnya, ia akan menciptakan gelombang tentang perbualan anda dan ia akan mengasingkan bunyi latar belakang dan normalkan kelantangan suara. Gelombang suara yang telah ditapis hingarnya ini akan dipecahkan kepada beberapa fonem (phonemes) yang seterusnya akan dianalisis untuk melengkapkan perkataan atau ayat yang bersesuaian dengan konteks perbualan dengan tepat.
Aplikasi ini mampu untuk bertindak balas sepantas 200 milisaat yang mana dengan kepantasan sebegini, pengguna yang kurang upaya tidak ketinggalan untuk turut serta menyertai perbualan tersebut. Menurut Sagar juga, aplikasi ini boleh merekod perbualan dan menterjemahkannya kepada teks tanpa sebarang had masa, dan boleh menyimpan perbualan ini selama 3 hari sahaja – selepas tiga hari, perbualan akan terpadam.
Buat masa ini, aplikasi ini hanya ditawarkan kepada pengguna Android sahaja, dan turut terbina pada semua peranti Google Pixel. Secara kesimpulannya, aplikasi ini sangat membantu semua lapisan masyarakat untuk berhubung dengan cara yang lebih efektif terutamanya untuk golongan OKU pendengaran. Kelak, pelajar yang kurang upaya pendengaran juga dapat memasuki sekolah biasa dan proses komunikasi menjadi lebih mudah dan para guru juga dapat mengajar dengan lebih efektif.
- Info
- Muat Turun: Aplikasi Live Transcribe Di Google Play Store