Kerangka Pelindung Untuk Bonjol Kamera iPhone 11 Telah Dihasilkan

Kerangka Pelindung Untuk Bonjol Kamera iPhone 11 Telah Dihasilkan

Diterbitkan pada Okt 4, 2019 oleh .

Satu elemen rekaan yang kurang kami gemari pada iPhone 11 ialah dwi-bonjol pada bahagian belakang peranti. Ia mengakibatkan peranti tidak boleh diletakkan rata pada permukaan meja dan ia terdedah kepada calar. Bagi mereka yang mungkin tidak suka menggunakan kerangka atas alasan ia membuatkan peranti menjadi gemuk. Spigen telah menghasilkan kerangka pelindung hanya untuk bonjol kamera iPhone 11.

Imej kerangka pelindung berbentuk empat segi ini dikongsi oleh akaun rasmi Spigen pagi ini. Kesemua bahagian dwi-bonjol ditutup dan dilindungi dari hentakan. Tetapi ia masih tidak menyelesaikan masalah peranti tidak boleh diletakkan rata pada permukaan meja dan mendedahkan bahagian tubuh kepada hentakan. Pada waktu ini tidak diketahui sama ada kerangka ini akan dipasarkan atau sekadar untuk ujian dalaman


TIPS & ULASAN