Terdapat pelbagai bagasi pintar dihasilkan di pasaran sejak akhir-akhir ini masing-masing mengintegrasikan teknologi paling terkini. Plevo ialah syarikat yanng menghasilkan bagasi pintar dan mereka menghasilkan dua produk baharu yang boleh dinyahkunci menggunakan sistem imbasan biometri serta kod Morse.
Beg sandang dan beg galas Plevo masing-masih boleh dinyahkunci menggunakan aplikasi Android dan iOS. Menarik di sini proses nyahkunci boleh dilakukan dengan imbasan wajah, cap jari dan juga kod Morse. Sebuah butang pada bagasi perlu ditekan untuk menginput masuk kod Morse.
Selain sistem nyankunci yang unik, ia juga hadir dengan sebuah powerbank sebesar 10,000 mAh yang boleh ditanggalkan bagi memenuhi kehendak syarikat penerbangan. Sistem keselamatan beg pula akan mengunci secara automatik apabila beg keluar dari lingkung 20 kaki dari pengguna. Bagasi-bagasi pintar ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama pada harga bermula $155 (~RM648) sebuah.