Cari @ Amanz

Papan kekunci ialah peralatan yang membolehkan kami menaip ribuan artikel setiap tahun. Dengan papan kekunci yang baik, proses menaip menjadi lebih pantas dan selesa. Ketika zaman Blogerius dahulu, saya menggunakan papan kekunci Microsoft Ergonomic Keyboard. Malang sekali jualannya dihentikan beberapa tahun yang lalu.

Microsoft secara senyap telah menjual semula Microsoft Ergonomic Keyboard  serentak dengan pelancaran beberapa peranti Surface semalam. Versi terkini Microsoft Ergonomic Keyboard mengekalkan rekaan ergonomik yang memisahkan papan kekunci kepada dua bahagian dan menggunakan suis membran. Tangan akan terletak pada kedudukan selesa mengurangkan risiko mengalami kecederaan RSI. Satu perbezaan yang dilakukan ialah ia kini hadir dengan satu butang emoji.

Microsoft akan menjual semula papan kekunci ini bermula 15 Oktober pada harga $60 (~RM251) sebuah. Saya akan membelinya secara borong kelak bagi memastikan akan mempunyai stok papan kekunci ergonomik selama sedekad.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd