Cari @ Amanz

Tahun ini berkemungkinan besar agak mustahil untuk Pixel 4 menandingi Huawei dalam skor DxOMark. Ini kerana DxO baru-baru ini telah mengubah cara skor diberi, iaitu lensa sudut ultra lebar dan mod malam adalah wajib dan berdasarkan Pixel 4 yang tertiris – tiada lensa sudut ultra lebar terbina padanya. Apa-apa pun, mungkin itu tidak penting kerana sampel gambar rasmi yang baru sahaja tertiris baru-baru ini memperlihatkan hasil yang menakjubkan.

This slideshow requires JavaScript.

Jika anda lihat setiap sampel ini, tiada langsung sampel gambar ultra sudut lebar. Sebaliknya, hanya sampel gambar Night Sight, makro (mungkin menggunakan lensa telefoto), mod bokeh swafoto dan kamera utama dan juga sampel gambar astrofotografi. Night Sight dilihat lebih terang, sedikit kekuningan – mungkin HDR yang terlampau? tetapi kemas. Mod bokeh seperti biasa Pixel memang tidak mengecewakan dan imej bintang-bintang di langit yang diambil dengan Pixel 4 ini kelihatan seperti menggunakan DSLR.

Menurut sumber, turut terdapat fungsi dwi-exposure yang boleh dikawal secara manual – agar hasil tangkapan gambar adalah lebih cantik. Pixel 4 akan dilancarkan sekitar dua minggu sahaja lagi. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kelak untuk ketahui fungsi dna ciri menarik pada peranti ini.

Sumber: 9to5Google [1] & [2]

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd