Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Galaxy Tab S6. Tablet bersaiz 10.5-inci ini boleh didapati di Malaysia pada harga RM3099.

Samsung Galaxy Tab S6 hadir dengan skrin Super AMOLED, dijana dengan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 7040mAh, dilengkapi 4 speaker AKG, selain ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam arena kreativiti dan untuk tujuan produktiviti.

Tablet ini turut hadir dengan tablet ini adalah S-Pen untuk memudahkan anda membuat lakaran, mengambil nota, dan sebagainya. Untuk memudahkan anda menggunakannya sebagai komputer, anda turut boleh mengaktifkan fungsi DeX, dan seterusnya mengubah ia kepada paparan berbentuk desktop dan bukannya seperti paparan tablet biasa.

Untuk pengguna tempatan yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM3099 bermula hari ini. Anda turut boleh menambah RM200 ketika pembelian untuk menerima Tab S6 Book Cover Keyboard. Namun, promosi ini terhad sehingga 31 Oktober 2019 ini sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd