Realme X2 Pro Boleh Dicas Sehingga Penuh Dalam Masa 35 Minit Melalui 50W SuperVOOC

Realme X2 Pro Boleh Dicas Sehingga Penuh Dalam Masa 35 Minit Melalui 50W SuperVOOC

Diterbitkan pada Okt 4, 2019 oleh .

Pengeluar-pengeluar peranti Android berlumba-lumba untuk hadir dengan sistem pengecasan pantas tersendiri. Apple pula jauh ketinggalan di belakang dengan sistem pengecasan pantas yang terhad kepada 18W sahaja. Terkini, peranti akan datang Realme – Realme X2 Pro disahkan boleh dicas sehingga penuh dalam masa 35 minit sahaja.

Menurut kicauan dari Realme Europe, Realme X2 akan hadir dengan sistem pengecasan pantas 50W SuperVOOC. Ini adalah sedikit berbeza dengan yang sebelum ini, kerana sebelum ini Realme X2 Pro didakwa akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC. Namun maklumat berkenaannya sudah dipadam oleh Realme. Apa-apa pun, 50W juga sudah cukup pantas. Bayangkan, tidak sampai satu jam peranti boleh dicas dari 0% sehingga 100% dengan sepantas kilat?

Mari sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN