Cari @ Amanz

Adobe mempunyai pelbagai perisian yang digunakan untuk menyunting gambar dan video. Dua produk yang sering kami gunakan ialah Adobe Photoshop dan Premiere. Tetapi tidak semua pengguna memerlukan dua perisian berkuasa ini. Oleh itu Photoshop Elements dan Premiere Elements telah dihasilkan dengan menyertakan fungsi asas yang

https://www.youtube.com/watch?v=0AdVbSAv05gdiperlukan pengguna biasa.

Hari ini Adobe Photoshop Elements 2020 dan Premiere Elements 2020 telah dilancarkan dengan pelbagai penambahbaikan. Dengan sokongan kecerdasan buatan Adobe Sensei suntingan gambar serta video boleh dilakukan lebih pantas walaupun oleh mereka yang tidak berapa mahir.

Terdapat 57 pratetapan di dalam Photoshop Elements 2020 yang mengajar pengguna melakukan suntingan secara langkah demi langkah. Antara yang boleh dilakukan ialah mewarnakan gambar monokrom, membuangkan cela pada wajah dan memadam objek dari gambar.

Seterusnya pada Premiere Elements 2020 pula terdapat 25 pratetapan yang mengajar proses suntingan video secara langkah demi langkah. Fungsi lain yang disertakan ialah membuang hingar pada video yang diambil dalam situasi gelap dan menghasilkan video cinemagraph.

Kedua-dua Adobe Photoshop Elements 2020 dan Premiere Elements 2020 boleh dibeli pada harga $100 setiap satu. Ini berbeza dengan langganan perisian bulanan perkhidmatan Creative Cloud yang ditawarkan Adobe.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd