Chrome Akan Mula Menghalang Kandungan HTTP Pada Laman HTTPS

Chrome Akan Mula Menghalang Kandungan HTTP Pada Laman HTTPS

Diterbitkan pada Okt 6, 2019 oleh .

Google sebelum ini telah sedia mengutamakan laman-laman yang menggunakan HTTPS, selain turut memaparkan amaran sesuatu laman itu sebagai tidak selamat sekiranya hanya sekadar menggunakan sokongan HTTPS semata-mata.

Terbaru, dalam menambah-baik lagi, pasukan sekuriti disebalik pembangunan pelayar web Chrome mengatakan kelak pelayar web berkenaan akan mula menghalang kandungan daripada sumber HTTP pada laman-laman yang menggunakan HTTPS.

Pada hari ini, terdapat beberapa laman yang masih menawarkan kandungan berbentuk imej, skrip dan sebagainya daripada pelayan dengan hanya HTTP – walaupun laman mereka dilengkapi sokongan sekuriti HTTPS.

Chrome akan mula menghalang kandungan seumpamanya dalam memastikan pelayaran yang selamat oleh semua.

Perkara ini akan mula diimplementasikan secara berperingkat bermula Chrome 79, dan akan mula diimplementasikan sepenuhnya pada Chrome 81 kelak yang dijadualkan pada Februari 2020.


TIPS & ULASAN