Tiada Perancangan Untuk Telefon BlackBerry Dengan 5G Buat Masa Ini

Tiada Perancangan Untuk Telefon BlackBerry Dengan 5G Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 7, 2019 oleh .

Pelbagai pengeluar pada masa kini memfokuskan kepada penawaran peranti dengan sokongan rangkaian 5G. Bercakap mengenainya, TCL yang mengeluarkan peranti berjenama BlackBerry mengatakan mereka tiada perancangan untuk mengeluarkan telefon 5G BlackBerry buat masa ini.

Menurut pihak TCL, BlackBerry bukanlah peranti yang memfokuskan kepada hiburan, dan lebih memfokuskan kepada produktiviti dan tugasan. Pengguna sedia boleh menerima dan membalas emel dengan pantas menggunakan peranti BlackBerry – dan buat masa ini tiada keperluan untuk rangkaian 5G padanya.

Selain peranti mudah-alih, TCL dilihat melihat implementasi sokongan 5G pada beberapa perkakasan lain, termasuk pada televisyen 8K dan juga peti sejuk.

Apa pun, ini tidak bermakna pihak TCL tidak akan hadir dengan peranti 5G. Mereka sedia menyasarkan peranti 5G pada 2020 dibawah jenama Alcatel atau jenama TCL sendiri.


TIPS & ULASAN