Cari @ Amanz

Pada awal bulan lalu, kami ada melaporkan bahawa badan piawaian USB telah mengesahkan bahawa USB4, piawaian USB yang terbaru akan hadir dengan spesifikasi yang berdasarkan Thunderbolt 3, dan akan hadir dengan kelajuan penghantaran data setinggi 40Gbps.

Baru-baru ini, Intel dikatakan telah menghantar kod sokongan kepada pengkalan data Linux untuk membolehkan pembuat cip pemprosesan komputer tersebut memperkenalkan sokongan untuk sambungan USB4 untuk sistem operasi sumber terbuka tersebut.

Menurut laporan daripada Phoronix, jurutera sumber terbuka Intel telah memperkenalkan sebanyak 22 kemaskini kepada kod Linux, dan ini hanya terdiri dari sekitar 4000 barisan kod baru.

Ia dikatakan bahawa banyak kod-kod yang digunakan dikitar semula daripada kod yang digunakan untuk pengaturcaraan sambungan Thunderbolt, dan ini membolehkan para pengaturcara Intel untuk mengeluarkan sokongan ini dengan cepat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd