Oppo Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa imej acah untuk telefon pintar terbaru mereka, dan hari ini mereka mengesahkan yang mana Oppo Reno2 akan dilancarkan secara rasminya pada 15 Oktober 2019 ini.
Oppo Reno2 hadir dengan empat kamera dibelakang gabungan 48MP + 13MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto pop-naik 16-megapixel. Ia dilengkapi skrin 6.5-inci FHD+, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.
Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual pada 15 Oktober 2019 kelak.