Cari @ Amanz

Bagi para pengguna perkhidmatan Maxis dan Hotlink, kini nampaknya perkhidmatan telekomunikasi berkenaan menghadapi masalah teknikal.

Daripada percubaan kami sendiri, talian Maxis hanya memaparkan capaian pada kadar 3G atau Edge sahaja buat masa ini. Melalui akaun sosial Maxis, mereka mengatakan pihak mereka mengalami isu teknikal dan kerja baik-pulih sedang dijalankan.

Buat masa ini, tiada sebarang masa diberikan, dan ia dijangka diselesaikan secepat mungkin.

Kemaskini 9 pagi, 8 Oktober : Kini ia telah berfungsi seperti biasa kembali.

Kami ingin memaklumkan pelanggan bahawa perkhidmatan telah dipulihkan, dan kami sedang mengawasi keadaan untuk memastikan kestabilan berterusan. Sekali lagi kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kesabaran anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd