Langkah-Langkah Untuk Memaksimakan Penggunaan Kamera OPPO A9 2020

Langkah-Langkah Untuk Memaksimakan Penggunaan Kamera OPPO A9 2020

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Jika dahulu kamera dan telefon pintar merupakan dua peranti berbeza, namun setelah menjalani revolusi teknologi yang semakin canggih, kini kamera merupakan satu fungsi penting yang perlu ada pada sesebuah telefon pintar. Jika dahulu kita sering menggunakan kamera professional yang berat dan mahal untuk merakam gambar, kini anda boleh membuat rakaman gambar yang berkualiti tinggi dengan hanya menggunakan OPPO A9 2020 sahaja.

Sistem Empat Kamera Yang Dapat Menghasilkan Penggambaran Seperti Jurugambar Professional

OPPO A9 2020 ini merupakan sebuah telefon pintar terbaru daripada OPPO yang hadir dengan penawaran rekaan skrin bertakuk dihadapan,  binaan empat kamera dibelakang dengan kamera utama 48MP, lensa ultra-lebar 8MP, lensa Mono 2MP bersama lensa potret 2MP. Dengan lensa kamera sebesar ini, ia mampu untuk menghasilkan penggambaran yang cantik dan berkualiti tinggi. Ia merupakan siri pertama daripada OPPO yang dilengkapi dengan kuad kamera pelbagai guna dan ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan rakaman gambar yang baik seperti menggunakan kamera professional dengan hanya menggunakan OPPO A9 2020.

Dilengkapi Dengan Lensa 48MP Yang Mengagumkan

Untuk menggunakan kamera utama lensa 48MP ini, anda hanya perlu mengaktifkan kamera dan tekan di tengah-tengah skrin untuk fokuskan subjek di dalam gambar. Hasil daripada rakaman gambar yang diambil ini adalah sangat jelas dan terperinci kerana ia menggunakan 4 kamera dalam masa yang sama untuk menghasilkan satu gambar yang berkualiti tinggi.

Fungsi Sudut Ultra Lebar Untuk Rakaman Yang Lebih Luas

Pada kamera telefon pintar ini juga mempunyai fungsi lensa ultra lebar seluas 119 darjah 8MP. Untuk setkan mod ultra lebar ini, anda hanya perlu klik pada butang “photo”, dan pilih ikon berbentuk kotak panjang bertitik di tengah yang terletak pada bahagian atas skrin. Dengan menggunakan mod ini, anda boleh merakam pemandangan dan senario yang luas tanpa perlu bergerak jauh daripada subjek di dalam gambar.

Melalui mod ultra lebar, ia menghasilkan gambar pemandangan dan senario dengan sangat baik selain memberi perincian gambar yang jelas serta pencahayaan yang lebih terang. Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan lebih banyak subjek dimasukkan ke dalam gambar, sekaligus memberi kelebihan ketika mengambil gambar berkumpulan atau gambar lanskap. Jadi, pengguna tidak perlu risau jika memiliki ruangan yang kecil dan terhad.

Fungsi Mod Malam Ultra 2.0 Untuk Rakaman Lebih Jelas Walaupun Di Persekitaran Yang Gelap

Pada kamera OPPO A9 2020 ini juga, terdapat fungsi Mod Malam Ultra 2.0 yang mana ia boleh digunakan bersama fungsi Sudut Ultra Lebar untuk menghasilkan pelbagai gaya potret yang cantik dengan efek hingar yang kurang. Untuk mengaktifkan mod ultra malam 2.0 ini, anda hanya perlu pilih butang “photo”, klik butang menu pada bahagian bawah kiri, pilih mod “Night” dan tetapkan fokus subjek dalam gambar. Dengan menggunakan mod ini, anda boleh mendapatkan rakaman gambar yang jelas, cantik dan warna yang menawan walaupun persekitaran sekeliling anda gelap dan kurang jelas.  

Lensa Mono Dan Portrait 2MP Bersama Penuras Terbina

Lensa seterusnya yang terdapat pada kamera utama OPPO A9 2020 ini adalah lensa mono 2MP dan lensa potret 2MP. Lensa ini mempunyai penuras (filter) terbina sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan kesan retro, kasar dan atmosfera di dalam penggambaran potret. Bukan itu sahaja, OPPO juga telah menambah dua penuras, iaitu 06 Extreme Black and White dan 07 Black and White Monochrome. Fungsi penuras ini boleh digunakan apabila anda memilih butang “potrait” dan klik pada subjek yang ingin difokuskan. Manakala bagi lensa Mono 2MP pula, anda hanya perlu mendekatkan kamera dengan subjek yang ingin diambil dan ia akan bertukar kepada mod “macro” secara automatik.

Berkebolehan Untuk Membuat Rakaman Video 4K Dengan Kestabilan Yang Baik

Bukan sekadar untuk rakaman gambar sahaja, telefon pintar OPPO A9 2020 ini juga menyokong untuk membuat rakaman video 4K yang stabil. Hal ini adalah kerana ia dibina dengan teknologi Electronic Image Stabilization (EIS) bersama binaan giroskop yang dapat menstabilkan dan fokuskan pergerakkan video serta boleh menyimpan banyak video dalam telefon pintar anda. Ini sekaligus membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman video yang lebih stabil dan jelas serta memberikan pengalaman penggunaan yang sangat baik.

Jadi, dengan kebolehan kamera yang ditawarkan pada OPPO A9 2020 ini, ia sudah tentu merupakan pilihan yang terbaik untuk penggambaran imej atau video bagi sebuah telefon yang dipasarkan pada harga yang sangat mampu milik 

Dilengkapi Dengan Spesifikasi Yang Berkuasa Dan Dapat Memberi Prestasi Penggunaan Yang Baik

Selain kebolehan kamera yang hebat, telefon pintar ini juga dikuasakan oleh spesifikasi yang cukup baik. OPPO A9 2020 ini dilengkapi dengan memori 8GB RAM  bersama storan 128GB. Bukan itu sahaja, memorinya juga boleh diperluaskan sehingga 256GB dengan menambah kad MikroSD yang mana ia mempunyai dwi slot untuk kad sim dan satu slot untuk kad MikroSD. Dengan penawaran memori dan storan sebesar ini, ia sekaligus membolehkan anda untuk menyimpan lebih banyak fail tanpa perlu memadamnya untuk menjimatkan ruangan storan.

Telefon pintar ini juga dikuasakan oleh janaan cip pemprosesan dari Qualcomm Snapdragon dan menggunakan sistem antaramuka ColorOS 6. Bagi anda yang sering bermain permua, telefon pintar ini juga merupakan pilihan yang terbaik kerana ia dilengkapi dengan ciri Game Boost 2.0 yang mana dibawah ciri ini mempunyai fungsi Frame Boost untuk mengurangkan isu latensi ketika permainan dan Touch Boost untuk memberi respon yang lebih pantas pada paparan skrin.

Dari segi penawaran audio, ia menyertakan teknologi Dolby Atmos dan pembesar suara Dual Stereo yang dikatakan mampu memberikan pengalaman sinematik kepada pengguna dan bunyi yang jelas. Ini sekaligus dapat memberikan pengalaman permainan yang mendalam kepada pemain. Anda juga tidak perlu risau permainan anda akan terganggu kerana kehabisan bateri. Hal ini adalah kerana kapasiti bateri yang ditawarkan pada telefon pintar ini adalah sebesar 5000 mAh dan menjanjikan pengecasan penuh yang boleh bertahan sehingga 19 jam.

Harga Yang Sangat Berbaloi Untuk Telefon Pintar 48MP Bersama Kapasiti 5000 mAh

Telefon pintar ini dipasarkan pada harga yang sangat mampu milik. Untuk sebuah telefon pintar yang mempunyai fungsi seumpama kamera professional dan kapasiti bateri yang tinggi, ia menjadikan OPPO A9 2020 ini sebagai sebuah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki oleh semua pengguna.

Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1200 sahaja dengan pilihan warna Marine Green dan Space Purple. Jadi, bagi anda yang berminat, bolehlah mendapatkan telefon pintar ini melalui pengedar pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di laman web rasmi mereka. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkannya di laman edagang Lazada atau Shopee, OPPO Sengheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

Beli: OPPO A9 2020 Melalui Laman Rasmi OPPO

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia


TIPS & ULASAN