Sony sebelum ini telah pun memperkenalkan telefon pintar dengan nama Xperia 1 dan juga Xperia 5. Terbaru, hari ini mereka turut memperkenalkan Xperia 8 untuk pasaran Jepun.
Sony Xperia 8 meneruskan penawaran skrin dengan nisbah 21:9, selain turut mengekalkan rekaan ikonik daripada Sony – termasuk penyertaan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.
Dari segi spesifikasi, ia menawarkan skrin 6-inci LCD, dijana cip Snapdragon 630, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut menyertakan bateri 2760mAh, selain menawarkan sokongan kalis air dan debu.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 8MP (ultra-lebar). Kamera swafoto 8-megapixel disertakan pada bahagian belakang.
Buat masa ini, Sony hanya menawarkan Xperia 8 secara eksklusif di Jepun sahaja.