Carian
Garmin Venu Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1799
October 7, 2019 Aman

Garmin hari ini telah melancarkan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Garmin Venu.

Garmin Venu hadir dengan muka jam bulat menggunakan skrin AMOLED, menjanjikan masa penggunaan bateri sehingga 5 hari dengan penggunaan GPS dan muzik.

Garmin Venu

Melalui Garmin Venu, ia ditujukan kepada mereka dengan gaya hidup aktif – dan sesuai digunakan ketika di pejabat, mahupun ketika bersenam. Antara ciri yang disertakan adalah termasuk memantau tekanan, corak tidur, dan juga kadar denyutan nadi.

Garmin Venu boleh digunakan bersama sejumlah peranti berasaskan iOS dan juga Android, selain turut boleh digunakan untuk mengawal lagu daripada Spotify dengan mudah. Sokongan Garmin Pay hadir terbina pada jam tangan pintar berkenaan, tetapi kami tidak pasti sama ada terdapat peniaga yang menerimanya ataupun sebaliknya.

Di Malaysia, Garmin Venu akan dijual pada harga RM1799 bermula 9 Oktober 2019 ini.

Komen