Isu penunggang FoodPanda yang mogok sebagai tanda protes skrin bayaran baharu yang diperkenalkan syarikat penghantaran ini bermula 1 Oktober. Ratusan penunggang mogok sehingga mendapat perhatian kabinet dan campur tangan menteri. Sungguhpun begitu, FoodPanda hari ini mengesahkan skim bayaran baharu ini akan dikekalkan untuk sekurang-kurangnya empat minggu lagi,
Menurut pengarah urusan FoodPanda Sayantan Das, kurang 1% penunggang menyertai mogok yang dianjurkan. Tambah beliau lagi pihak syarikat tidak akan mengenakan tindakan ke atas penunggang yang mogok kerana ia tidak salah di sisi undang-undang. Mereka yang tidak berpuasa hati masih boleh terus bersama FoodPanda atau mencuba platform penghantaran lain di pasaran.
Pihak FoodPanda juga, skim bayaran baharu ini sebenarnya membolehkan penghantar yang berprestasi tinggi meningkatkan pendapatan mereka sehingga 50% dan bagi yang mereka yang tidak pula akan menjadikannya sebagai motivasi untuk bekerja dengan lebih keras. Sayantan juga menggesa penunggang yang tidak berpuas hati untuk mencuba dahulu skim bayaran baharu sebelum menilainya.