China Akan Memerlukan Rekod Imbasan Wajah Untuk Mendaftar Nombor Telefon Baharu

China Akan Memerlukan Rekod Imbasan Wajah Untuk Mendaftar Nombor Telefon Baharu

Diterbitkan pada Okt 7, 2019 oleh .

Sejak tahun 2013, pengguna talian mudah alih di China perlu mendaftar menggunakan kad pengenalan rasmi. Sistem ini diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah penipuan atas talian yang berleluasa tetapi dilihat sebagai cara untuk mengawal kritikan ke atas kerajaan di belakang awanama. Menurut laporan Quartz, bermula 1 Disember wajah pemohon nombor telefon mudah alih dan data akan diimbas bagi mengesahkan identiti sebenar pemohon.

Arahan ini dikeluarkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China pada 27 September lalu bagi “melindungi hak dan kepentingan sah rakyat di ruang siber” di samping mengawal penipuan telefon serta Internet. Pengguna juga dilarang dari memindahkan nombor kepada individu lain. Mereka juga digalakkan untuk menyemak sama ada identiti mereka digunakan untuk mendaftar nombor yang tidak mereka gunakan.

Reaksi dari pengguna di China adalah negatif kerana ramai mengeluh masalah penipuan atas talian tidak dapat dibendung walaupun selepas pengenalan sistem pendaftaran menggunakan kad pengenalan pada tahun 2013. Masalah yang berlaku di China ini juga masih berlaku di Malaysia selepas kerajaan mewajibkan pendaftaran nombor menggunakan MyKad pada tahun 2017.

Di Malaysia rekod imbasan wajah masih belum diperlukan untuk pendaftaran nombor telefon tetapi kerajaan telah mula mengkaji menyimpan data DNA pada sijil lahir selepas berlaku kes penipuan MyKad di Pulau Pinang,


TIPS & ULASAN