Cari @ Amanz

Ramai mungkin tidak menyedari aktiviti media sosial mereka boleh dilihat oleh pengguna lain. Di Instagram misalnya pengguna yang mengikuti akaun anda boleh melihat gambar yang anda Like dan akaun yang baru diikuti menerusi tab Following. Menurut laporan Buzzfeed, tab Following akan dimatikan bermula minggu ini.

Vishal Shah, ketua produk di Instagram berkata tab dimatikan kerana tidak digunakan atau kewujudannya tidak disedari pengguna. Malah ada yang terkejut aktiviti mereka boleh dilihat pengguna lain. Dengan tiada lagi tab Following, anda kini bebas menyukai gambar-gambar aneh di Instagram tanpa perlu risau rakan taulan serta sanak saudara menghukum.

Kami masih menantikan tab khas untuk komen yang ditinggalkan pengguna diberikan. Pada waktu ini ia bercampur dengan tab Like yang ditinggalkan pengikut. Setakat ini hanya sokongan multi-akaun yang kami minta lima tahun yang lalu sudah menjadi realiti.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd