Cari @ Amanz

Kepada pengguna komputer macOS, anda kini boleh memuat turun versi terkini sistem operasi iaitu macOS Catalina pagi ini. Terdapat banyak fungsi baharu yang diperkenalkan seperti SideCar, Apple Arcade untuk Mac. aplikasi Apple Music baharu, Apple TV, Apple Podcast sokongan aplikasi iPad pada Mac, Screentime dan banyak lagi.

Menerusi Sidecar, iPad boleh digunakan sebagai skrin sekunder untuk komputer macOS lengkap dengan sokongan Apple Pencil. Selama ini pengguna mac perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga seperti Duet Display. macOS Catalina juga memudahkan proses mengubah aplikasi untuk iPad untuk digunakan pada mac. Antara aplikasi yang kini boleh digunakan ialah Twitter, TripIt, Post-It, GoodNotes dan Jira.

Pengguna juga boleh memantau aktiviti mereka pada mac menggunakan Screentime yang selama ini diberikan kepada pengguna iOS dan iPadOS. Menerusi Apple Arcade pula, pelbagai permua boleh dimainkan pada komputer. Akhir sekali sokongan kawalan suara sepenuhnya juga diberikan kepada pengguna yang berlainan upaya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd