Cari @ Amanz

Android Enterprise Recommended adalah program dari Google yang mengesyorkan peranti yang sesuai untuk kegunaan korporat. Terkini, Google dilaporkan akan hadir dengan program baru untuk peranti gaming pula. Ini bermakna, Google akan memilih dan mengiktiraf peranti mana yang benar-benar sesuai untuk bermain permua. Program ini diberi nama Android Game Device Certification.

Untuk sesuatu peranti itu dipilih menjadi peranti gaming yang diiktiraf Google, pengeluar perlu mengikut standard yang Google tetapkan mengikut dokumen yang diterbitkan. Secara asasnya, dokumen ini hanya bagi memastikan yang permua yang dijalankan pada sesuatu peranti gaming Android tidak akan menghadapi masalah pendikitan (throttling), hilang kuasa salah satu teras CPU atau menghadapi masalah-masalah sistem yang ganjil. “Syarat sah” lain adalah, peranti gaming ini wajib mempunyai sokongan Vulkan 1.1 untuk render kandungan 3D. Kemudian, memori yang disimpan di latar mestilah mempunyai sekitar 2GB untuk proses LMK (lowMemoryKiller).

Tiada informasi lanjut lagi mengenai program ini dan Google masih tidak mengumumkannya kepada umum. Jika program ini sudah rasmi, peranti seperti Razer, Asus ROG Phone, Black Shark atau Nubia pasti akan diiktiraf. Ini kerana, peranti ini tiada masalah bermain permua grafik tinggi. Kemudian, Google juga tidak meletakkan syarat cip pemprosesan seperti Qualcomm atau MediaTek, jadi mana-mana cip boleh sahaja digunakan. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd