Cari @ Amanz

Terlampau banyak peranti Android berada di pasaran. Tetapi tiada langsung yang benar-benar murah yang mempunyai prestasi yang hebat seperti telefon pintar kelas permulaan. Di Amerika Syarikat, tablet Android murah yang dapat perhatian ramai adalah tablet dari Amazon – Fire. Tablet ini menjalankan sistem operasi fork Android dan mempunyai spesifikasi sangat asas dan hanya lancar jika menjalankan aplikasi-aplikasi dari Amazon sahaja.

Terkini Amazon Fire HD 10 2019 telah dilancarkan, ia adalah kemaskini kepada versi sebelumnya. Tablet ini hadir dengan saiz skrin 10.1″, resolusi 1920 x 1200, dijana cip pemprosesan lapan teras baharu yang didakwa 30% lebih pantas dari sebelum ini dan memori 2GB RAM. Storan dalaman pula adalah dari 32GB atau 64GB dengan sokongan kad microSD sehingga 512GB dan ketahanan bateri 20% lebih baik, iaitu sehingga 12 jam. Paling menarik adalah, tablet “murah” ini mula menyokong USB-C dan pengecasan pantas. Pembesar suara pula dioptimasikan dengan Dolby Atmos, sokongan WiFi dwi-band yang dipertingkatkan dan banyak lagi.

Amazon Fire HD 10 2019 ini hadir dengan pilihan warna  Twilight Blue, Plum, putih dan hitam. Harga jualan pula adalah dari $149, iaitu sekitar RM625.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd