Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro adalah siri baharu peranti Redmi Note yang dilancarkan di China pada bulan Ogos lalu. Ia adalah peranti pertama di dunia dengan lensa 64MP yang dibangunkan oleh Samsung. Kedua-dua peranti ini juga mempunyai sistem kuad-kamera dan dibina dari kaca Gorilla Glass 5. Hari ini, peranti ini telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi.
Redmi Note 8 Pro hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.53-inci”, resolusi FHD+, dijana dengan cip pemposesan MediaTek G90T yang memfokuskan gaming dengan kuasa sehingga 2.05GHz. Untuk memori ia menggabungkan RAM 6GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB berasaskan UFS2.1. Untuk kamera utama, ia menggunakan sistem kuad-kamera dari lensa 64MP + 8MP sudut lebar + 2MP lensa makro + 2MP lensa kedalaman dan kamera swafoto pula adalah 20MP. Untuk bateri pula, ia menggunakan kapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W berasaskan USB-C. Peranti ini juga mempunyai sokongan NFC dan sensor infra merah untuk dijadikan sebagai alat kawalan jauh.
Seterusnya adalah Redmi Note 8. Ia hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.3-inci”, resolusi FHD+, dijana dengan cip pemposesan Snapdragon 665 dan dipadankan dengan memori RAM 3/4 GB dan storan 32/64/128 GB berasaskan UFS2.1. Untuk kamera utama, ia menggunakan sistem kuad-kamera dari lensa 48MP + 8MP sudut lebar + 2MPlensa makro + 2MP lensa kedalaman dan kamera swafoto pula adalah 13MP. Untuk bateri pula, ia menggunakan kapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W berasaskan USB-C. Peranti ini juga mempunyai sokongan NFC dan sensor infra merah untuk dijadikan sebagai alat kawalan jauh.
Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi menawarkan pilihan warna Mineral Grey, Pearl White dan Forest Green pada Redmi Note 8 Pro dan dijual pada harga bermula dari RM1099 (RM999 untuk promosi Lazada/Shopee) untuk 6/64GB dan RM1199 untuk 6/128GB. Manakala untuk Redmi Note 8 pula, Space Black, Neptune Blue dan Moonlight White adalah warna ditawarkan. Harga pula bermula dari RM599 sahaja untuk 3/32 GB. Harga 4/64 GB pula adalah RM799 dan 4/128GB dijual pada harga hanya RM899. Setiap pembelian salah satu daripada peranti-peranti ini, Xiaomi Malaysia menawarkan Mi True Wireless Earbuds Basic yang bernilai RM99 secara percuma atau alat kawalan Black Shark Gaming Controller Left, yang berharga RM169 secara percuma.