Pada awal tahun ini, kami ada melaporkan bahawa Stripe bakal memperkenalkan perkhidmatan gerbang pembayaran mereka di Malaysia.
Sewaktu acara pelancaran mereka, pengasas bersama Stripe, John Collison mengesahkan bahawa Stripe telah mula menjalankan ujian beta tertutup sejak bulan Januari tahun ini untuk menguji sistem mereka dengan beberapa perniagaan tempatan.
Mereka yang terlibat didalam ujian ini termasuklah Fashion Valet, SoCar, Grab, dahmakan dan EasyStore. Syarikat-syarikat ini terkenal untuk perkhidmatan atas talian mereka, dan pemilihan mereka sebagai kes uji-kaji bagi Stripe.
Di negara-negara barat, Stripe dikenali sebagai perkhidmatan gerbang pembayaran kad kredit yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri terbina seperti Stripe Connect yang membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan perkhidmatan mereka ke banyak negara-negara lain sekaligus, dan juga Stripe Radar yang mengurangkan kebarangkalian syarikat-syarikat ini ditipu oleh pembayaran palsu atas talian.
Ciri-ciri ini juga diperkenalkan oleh Stripe untuk perniagaan-perniagaan tempatan, dan tambahan kepada itu ialah kerjasama bersama-sama dengan PayNet, syarikat dibelakang perkhidmatan pembayaran pembankan atas talian FPX.
Di Malaysia, Stripe akan hadir dengan sokongan untuk FPX untuk memudahkan pembayaran bagi pelanggan-pelanggan bisnes tempatan yang tidak semestinya mempunyai kad kredit.
Gerbang pembayaran Stripe mudah ditubuhkan. Anda hanya memerlukan satu alamat emel, dan proses pendaftarannya sangat cepat dan mudah. Anda juga tidak perlu membayar sebarang yuran pendaftaran, dan Stripe hanya akan mula mengecas yuran penggunaan apabila syarikat anda mula mencatatkan keuntungan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Stripe, anda boleh melayari laman web mereka di sini.