Cari @ Amanz

Selama ini Musytari ialah planet yang mempunyai jumlah bulan yang terbanyak di dalam sistem suria. Tetapi dengan penemuan dua puluh bulan baharu di dalam orbit Zuhal, ia kini mempunyai 82 bulan kesemuanya, tiga lebih banyak berbanding Musytari.

Dua puluh bulan yang mengorbit Zuhal ini ditemui oleh para saintis dari Carnegie Science, University of California Los Angeles (UCLA) dan University of Hawaii menggunakan teleskop di Hawaii. Kesemua bulan mempunyai diameter sekitar 5 kilometer. Sebanyak 17 bulan yang ditemui berputar secara songsang (retrograde) dengan putaran Zuhal dan tiga lagi secara selari (prograde).Bulan-bulan ini juga mengambil di antara 2-3 tahun untuk melakukan putaran lengkap mengelilingi Zuhal.

Pihak penyelidik kini akan mengadakan pertandingan yang terbuka kepada orang awam untuk menamakan bulan yang ditemui. Cadangan nama dari mitologi Norse, Gallic atau Inuit sahaja akan diterima.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd