Dana Tambahan Diperlukan Untuk Mempertingkatkan Tahap Keselamatan Siber Malaysia – CyberSecurity Malaysia

Dana Tambahan Diperlukan Untuk Mempertingkatkan Tahap Keselamatan Siber Malaysia – CyberSecurity Malaysia

Diterbitkan pada Okt 8, 2019 oleh .

Belanjawan 2020 semakin hampir, dan banyak agensi-agensi kerajaan nampaknya semakin rancak melobi untuk mendapatkan wang untuk menggerakkan jentera mereka.

CyberSecurity Malaysia (CSM), agensi keselamatan siber kebangsaan baru-baru ini dilaporkan sedang cuba untuk mendapatkan dana tambahan melalui Belanjawan akan datang untuk memperbaiki lagi kualiti dan ketahanan sistem keselamatan siber mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata bahawa dengan penularan teknologi kebelakangan ini dari segi jumlah peranti yang digunakan rakyat, konsep IR 4.0 dan juga teknologi 5G yang akan datang, ia sangat penting untuk kerajaan memastikan bahawa keselamatan rangkaian telekomunikasi dan sistem-sistem IT tempatan dikemaskini dan diperketatkan secepat mungkin.

Beberapa tahun lepas, Malaysia telah melihat pelbagai isu sekuriti berlaku kepada beberapa syarikat tempatan terkemuka, dimana banyak data pengguna telah tertiris kepada pihak penggodam, dan dijual ke pasaran gelap atas talian.

Dr Amirudin berkata bahawa banyak daripada inisiatif dan polisi yang diperkenalkan banyak mengenai penambahbaikan perkhidmatan digital dan telekomunikasi seperti NFCP yang menerima dana sebanyak RM1 bilion, dan juga MDeC yang menerima RM10 juta untuk menambahbaik mutu industri esukan tempatan.

Dengan dana tambahan kepada pihak CSM, beliau ingin membangunkan generasi terbaru pakar-pakar keselamatan siber supaya platform-platform yang baru diperkenalkan ini tidak terganggu oleh penggodam-penggodam yang pentingkan diri sendiri.


TIPS & ULASAN